E-Cigaratte

Kami ada mengedarkan Rokok Elektronik atau E-Cigaratte yang semakin popular di Malaysia sekarang. Ini adalah salah satu cara untuk perokok tegar di luar sana yang berhajat nak berhenti merokok. Kalau nak dibandingkan dengan rokok tembakau yang sememangnya membakar diri kita perlahan-lahan dan membakar duit kita. Jadi saya cuba dahulu rokok elektronik yang saya beli di pasaran yang harga sangat mahal dengan kapasiti bateri yang hanya bertahan 6jam sahaja dan alhamdulillah dalam masa sebulan sahaja saya berjaya berhenti menghisap rokok betul. Dan sekarang saya hanya menghisap rokok elektronik di mana saya hanya menghisap wap (vaping) dan bukan asap yang dihasilkan dari tembakau. Secara amnya kelebihan rokok elektronik adalah seperti di bawah :

TIADA tar dan bahan beracun yang lain. 
TIDAK berbahaya kepada orang lain dan persekitaran.
TIDAK ada kesan “second-hand smoking” kepada orang lain. 
BOLEH merokok di tempat umum walaupun ada tanda larangan merokok - tapi better jangan lah
BOLEH membantu untuk berhenti merokok dengan cara penggunaan yang teratur
BOLEH membantu mengurangkan kos merokok. 
TIDAK mengunakan api serta tiada bahaya kebakaran. 
BOLEH merokok di dalam kereta tanpa perlu membuka tingkap. 
TIADA bau busuk di baju, persekitaran dan tiada abu dan puntung rokok. 
TIDAK mengaratkan gigi. 
PELBAGAI perasa yang boleh didapati.



E-Liquid / Perasa E Cigaratte :

Tahukan anda yang ‘Calcium Sulfate Dihydrate‘ atau nama ringkasnya Gypsum yang digunakan dalam industri pembinaan dalam pembuatan simen, ceilling, drywall dan plaster rumah juga ada di dalam taufufah? Sos cili, kicap dan taucu yang kita beli dan makan itu pun sebenarnya ada bahan kimia yang dibenarkan.
Jadi bagaimana pula dengan perisa yang digunakan untuk rokok elektronik (RE)? Sama juga, bahan yang ada ialah propylene glycol (PG) atau vegetable Glycerin (VG). Nama lain bagi VG ialah lemak sayuran. Dua bahan ni memang ada dalam industri pembuatan kek.
Rakyat Malaysia apabila mengetahui sahaja ada bahan kimia dalam sesuatu produk maka akan terbit rasa keraguan. Tanpa usul periksa terus menolak produk berkenaan. Apa sebenarnya bahan kimia? Kimia ialah cabang ilmu mengkaji komposisi dan sifat sesuatu. Ambil garam, buat kajian mengenai sifatnya dan namakannya, jadilah sodium klorida (sodium chloride). Kalau saya kata sodium klorida ada dalam gulai lemak cili api, adakah maknanya ada bahan kimia dalam gulai itu? Tentulah ada. Boleh pulak makan ke?
Sebenarnya semua produk makanan mengandungi bahan kimia yang dibenarkan dan mematuhi ukuran yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu. Dalam kes ini, pengeluar produk makanan sering merujuk kepada U.S Food and Drugs Administration (FDA) dan lain-lain agensi yang diiktiraf di Asia.


Jadi kalau ada orang tanya saya adakah RE ini bahaya? Maka saya akan tanya balik, “Rokok tembakau tu tak merbahaya ke?” Makan kek tak bahaya tapi hisap RE bahaya?! Apa yang pasti RE tiada TAR. Ambil kertas tisu putih hembus asap rokok tembakau padanya. Sudah tentu berubah warnanya manakala RE pula hanya WAP. Hembus WAP warna tisu tadi masih putih bersih.
Saya tidak berhasrat melonggokkan semua informasi di sini. Cukup bagi saya meletakkan nama tertentu dan saudara saudari gunakannya sebagai sintaks untuk lakukan carian. Saya hanya boleh mengesyorkan forum yang ada membicarakan mengenai PG dan VGdan sila google :
1. Vapersforum
2. E Cigarette Forum
3. Perfect Electronic Cigarette
4. FDA
#credit untuk : http://inaiputih.wordpress.com/2011/02/17/bahan-kimia-dalam-perisa-rokok-elektronik-1/

 

2 comments:

  1. Masih jual lagi ker rokok elektronik...saya berminat.

    on August 1, 2015 at 11:14 AM  


  2. Masih jual lagi ker rokok elektronik...saya berminat.

    on August 1, 2015 at 11:15 AM  


Post a Comment