E-Cigaratte
E-Liquid / Perasa E Cigaratte :
Tahukan anda yang ‘Calcium Sulfate Dihydrate‘ atau nama ringkasnya Gypsum yang digunakan dalam industri pembinaan dalam pembuatan simen, ceilling, drywall dan plaster rumah juga ada di dalam taufufah? Sos cili, kicap dan taucu yang kita beli dan makan itu pun sebenarnya ada bahan kimia yang dibenarkan.Jadi bagaimana pula dengan perisa yang digunakan untuk rokok elektronik (RE)? Sama juga, bahan yang ada ialah propylene glycol (PG) atau vegetable Glycerin (VG). Nama lain bagi VG ialah lemak sayuran. Dua bahan ni memang ada dalam industri pembuatan kek.
Rakyat Malaysia apabila mengetahui sahaja ada bahan kimia dalam sesuatu produk maka akan terbit rasa keraguan. Tanpa usul periksa terus menolak produk berkenaan. Apa sebenarnya bahan kimia? Kimia ialah cabang ilmu mengkaji komposisi dan sifat sesuatu. Ambil garam, buat kajian mengenai sifatnya dan namakannya, jadilah sodium klorida (sodium chloride). Kalau saya kata sodium klorida ada dalam gulai lemak cili api, adakah maknanya ada bahan kimia dalam gulai itu? Tentulah ada. Boleh pulak makan ke?
Sebenarnya semua produk makanan mengandungi bahan kimia yang dibenarkan dan mematuhi ukuran yang telah ditetapkan oleh agensi tertentu. Dalam kes ini, pengeluar produk makanan sering merujuk kepada U.S Food and Drugs Administration (FDA) dan lain-lain agensi yang diiktiraf di Asia.
Jadi kalau ada orang tanya saya adakah RE ini bahaya? Maka saya akan tanya balik, “Rokok tembakau tu tak merbahaya ke?” Makan kek tak bahaya tapi hisap RE bahaya?! Apa yang pasti RE tiada TAR. Ambil kertas tisu putih hembus asap rokok tembakau padanya. Sudah tentu berubah warnanya manakala RE pula hanya WAP. Hembus WAP warna tisu tadi masih putih bersih.
Saya tidak berhasrat melonggokkan semua informasi di sini. Cukup bagi saya meletakkan nama tertentu dan saudara saudari gunakannya sebagai sintaks untuk lakukan carian. Saya hanya boleh mengesyorkan forum yang ada membicarakan mengenai PG dan VGdan sila google :
1. Vapersforum
2. E Cigarette Forum
3. Perfect Electronic Cigarette
4. FDA
2 comments:
-
Masih jual lagi ker rokok elektronik...saya berminat.
-
Masih jual lagi ker rokok elektronik...saya berminat.
Post a Comment